DISCOVER MIKROBOTIK
DISCOVER MIKROBOTIK LEARNING TOOLS
-
Discover and download Mikrobotik Learning Tool
-
Two Languages, Your Choice!
-
Dive deeper into learning with our bonus content!
Downloads
Videos
INTRODUCTION
UNBOXING MIKROBOTIK – KIT PEMBELAJARAN ROBOTIK ALAF BARU
Pengenalan Kepada Mekatronik
Pengenalan Kepada Mikrobotik
Video ini memberi gambaran keseluruhan Mikrobotik sebagai kit robotic berpestasi tinggi yang sesuai untuk pembelajaran di dalam dan pertandingan luar bilik darja. Mikrobotik mampu menaiktaraf kemampuan para guru dan pelajar di dalam bidang berkaitan STEM, Robotik, RBT dan Pertandingan.
PROJECTS
PROJEK #1 MIKROBOTIK – VROOM VROOM
PROJEK #2 MIKROBOTIK – TOLONG HIDUPKAN LAMPU
Diod Pemancar Cahaya (LED) pada robot digunakan sebagai penanda.
PROJEK #3 MIKROBOTIK – MULAKAN PENGEMBARAAN KITA
Robot digerakkan menggunakan kod blok “tank turn” untuk bergerak tanpa mengikuti garisan. Kod blok ini sesuai digunakan untuk menyelesaikan litar labirin (maze). Robot akan bergerak bergantung kepada kelajuan serta arah motor kiri dan kanan yang ditetapkan.
PROJEK #4 MIKROBOTIK – AYUH IKUT GARISAN ITU
Robot akan bergerak secara berautonomi mengikuti garisan (Hitam atau Putih) secara berterusan. Robot akan sentiasa bergerak walaupun ia bertemu dengan simpang kiri atau simpang kanan.
PROJEK #5 MIKROBOTIK – APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA DI PERSIMPANGAN?
PROJEK #6 MIKROBOTIK – APA LAGI YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA DI PERSIMPANGAN?
PROJEK #7 MIKROBOTIK – Salah Jalan? Buat Pusingan-U
Mikrobotik boleh membuat pusingan-U pada garisan yang dilaluinya pada paksi robot dan berpusing mengikut arah kiri atau kanan selama Durasi Pusingan Minimum (Min Turn Period) dan bersambung sehingga bertemu garisan (Hitam atau Putih).
PROJEK #8 MIKROBOTIK – AYUH KAWAL MIKROBOTIK
Bluetooth ialah teknologi tanpa wayar jarak dekat yang digunakan untuk bertukar-tukar data antara peranti tetap dan mudah alih dalam jarak dekat dan membina rangkaian kawasan peribadi. Bluetooth membolehkan Mikrobotik bertukar data yang dikehendaki dengan peranti lain secara langsung.
PROJEK #9 MIKROBOTIK – KITA PERLUKAN PERONDA KAWASAN!
PROJEK #10 MIKROBOTIK – MARI MENCARI HARTA TERSEMBUNYI
PROJEK #11 MIKROBOTIK – PENGASINGAN BAHAN KITAR SEMULA
Di dalam projek ini, Mikrobotik digandingkan dengan alat baru iaitu PENCENGKAM (Gripper). Fungsi asas, cara pengekodan dan aplikasi diterangkan bagi memudahkan pengguna untuk mengendalikan pencengkam di dalam apa jua cabaran pertandingan.
PROJEK #12 MIKROBOTIK – PENYIMPANAN CEKAP RUANG
Di dalam projek ini, Mikrobotik digandingkan dengan PENCENGKAM DWI SERVO (Dual servo Gripper). Fungsi asas, cara pengekodan dan aplikasi diterangkan bagi memudahkan pengguna untuk mengendalikan pencengkam di dalam apa jua cabaran pertandingan.
PROJEK #13 MIKROBOTIK – BERHENTI! HALANGAN DI HADAPAN
PROJEK #14 MIKROBOTIK – GARISAN BERBEZA WARNA? JOM SELESAIKAN!
PROJEK #15 MIKROBOTIK – PENGECAMAN BAHAN KITA SEMULA AUTOMATIK
Di dalam projek ini, Mikrobotik akan digunakan bersama-sama Kamera AI (ESP32-CAM) untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan kitar semula. Fungsi asas, cara pemasangan, cara pengekodan serta aplikasi diterangkan bagi memudahkan pengguna untuk mengendalikan Kamera AI (ESP32-CAM).