What is STEM Education?
Ministry of Education Malaysia launched the Science Technology Engineering Mathematics (STEM) education initiative in Malaysia Education Blueprint 2013 – 2025. The aim of the STEM education initiative is to prepare students with the skill to meet the science and technology challenges and to ensure Malaysia has a sufficient number of qualified STEM graduates
STEM education has the approach of educating students in four specific disciplines; science, technology, engineering and mathematics in an interdisciplinary and applied approach based on real-world applications. STEM integrates them into a cohesive learning paradigm rather than teaching the four disciplines as separate and discrete subjects like in a school classroom.
Apa itu Pendidikan STEM?
Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan inisiatif pendidikan Sains Teknologi Kejuruteraan Matematik (STEM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Matlamat inisiatif pendidikan STEM adalah untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran sains dan teknologi dan memastikan Malaysia mempunyai bilangan graduan STEM yang berkelayakan mencukupi.
Pendidikan STEM mempunyai pendekatan mendidik pelajar dalam empat disiplin khusus; sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam pendekatan antara disiplin dan pengunaaan berdasarkan aplikasi dunia nyata. STEM mengintegrasikannya ke dalam paradigma pembelajaran yang kohesif daripada mengajar keempat-empat disiplin sebagai subjek yang terpisah dan diskrit seperti di bilik darjah sekolah.
Kaedah Pemikiran Berinovasi
FASA #1 : Imagine / Bayangkan

Fasa ini mendorong pelajar berfikir di luar kotak dengan membayangkan apakah masalah yang ingin diselesaikan DAN bagaimana untuk menyelesaikannya

FASA #2 : Build / Bangunkan


Di dalam fasa ini, pengenalan kepada komponen dan sistem teknologi yang sesuai bagi sesuatu inovasi diterangkan. Seterusnya pelajar mencipta dan membangunkan idea mereka dengan displin ilmu kejuruteraan





FASA #3 : Have Fun / Bergembira


Di dalam fasa ini, pelajar digalakkan mencuba dan meguji hasil rekaan awal. Tidak salah melakukan kesilapan, bergembira dengan hasilnya dan terus melakukan penambahbaikkan





FASA #4 : Be Creative / Bersikap kreatif


Pelajar diasuh supaya sentiasa bersikap kreatif. Gemar mencabar kebiasaan, melontar idea-idea baru, dengan akhlak yang baik dan di dalam kerangka projek yang telah ditetapkan





FASA #5 : Tell / Ceritakan


Di dalam fasa ini, pelajar diberi peluang untuk bercerita tentang keseluruhan proses yang telah dia lalui. Dengan berkongsi ilmu dan pengalaman tahap pemahaman kita akan bertambah berlipat kali ganda