Mengenai My Robotic Challenge (MYRC)

Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022

Minggu Sains Negara merupakan salah satu daripada inisiatif MOSTI di dalam usaha memupuk minat terhadap ilmu sains. Sambutan ini akan mengetengahkan pelbagai hasil usaha kerajaan dalam usaha menggalakkan pembangunan dan kemajuan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Minggu Sains Negara diharap dapat menjadi plaform untuk menyemarak dan membudayakan STI di pelbagai peringkat dan seterusnya memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.
msn2022_tagline2

Pengenalan Program

MYRC 2024 adalah sebuah program yang mendukung Dasar Pendidikan Digital (DPD) bagi merealisasikan misi dan visi pendidikan digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini memberi fokus kepada peningkatan kompetensi robotik dan pengekodan bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada murid. Terdapat empat (4) kategori yang melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah iaitu Inovasi Kreatif Reka Edukit (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) dan juga Robot Berautonomi (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah).

Objektif Program

  1. Peningkatan jumlah murid fasih digital di setiap negeri.
  2. Peningkatan pendidil kompeten digital di setiap negeri.
  3. Peningkatan pembudayaan kepimpinan digital dan berwawasan di peringkat SSTP, USTP dan pentadbiran sekolah.
  4. Mempersembahkan initiatif pengupayaan infrastruktur dan infostruktur.
  5. Adaptasi dan aplikasi kandungan digital berkualiti bagi memenuhi cabaran program.
  6. Kerjasama KPM dan rakan strategi yang komited dari peringkat awal bagi menjayakan keseluruhan program.

Bengkel dan Pertandingan

Kategori 1: Inovasi Kreatif

Pengenalan kepada komponen sistem tenaga solar dan fungsinya. Bina, bangunkan dan persembahkan prototaip berfungsi sistem tenaga solar anda.

reka edukit poster

Kategori 2: Robot Berautonomi Mikrobotik

Berlajar konfigurasi dan pengaturcaraan robot pencari laluan untuk melalui checkpoint yang ditetapkan di atas trek pertandingan.

mikrobotik poster
jadual pelaksanaan myrc
myrc pusingan kelayakan
MCT logo

Providing solution to the industry, developing the current workface and nurturing future generations.

Our Location

5-5 Pusat Dagangan Shah Alam, Persiaran Damai, Seksyen 11 Shah Alam

Call Us

+601156679263 (Ir. Amir Hussein Bin Jaafar)

+601157549456 (Zulhailmy Bin Mohd Yatim)

© Micro Concept Tech – Engineering for life 2021

Close Bitnami banner
Bitnami